Abstract
Gabungan kecanggihan teknologi digital dalam proses pungutan zakat di Malaysia telah berjaya melonjakkan jumlah pendapatan zakat disamping memberi kemudahan kepada muzakki di seluruh Malaysia. Peningkatan yang positif ini turut disumbang oleh usaha dan kreativiti institusi zakat dalam menambah jumlah pembayar zakat di Malaysia menerusi kempen dan aktiviti yang dijalankan. Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa institusi zakat di Malaysia telah berjaya meningkatkan jumlah kutipan zakat di negeri masing-masing. Di Sarawak misalnya, kutipan zakat di bawah Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) terus meningkat setiap tahun dan peningkatan yang positif ini mencerminkan kecekapan sistem pungutan zakat yang dikelolakan oleh TBS. Namun berdasarkan kepada kajian yang dilakukan ke atas agihan zakat yang dijalankan oleh TBS didapati masih terdapat golongan asnaf yang masih terbelenggu dengan masalah kemiskinan walaupun telah sekian lama menerima bantuan zakat. Kajian ini bertujuan melihat secara perbandingan keperluan sebenar asnaf di kawasan bandar, pinggiran bandar dan luar bandar berdasarkan kepada ukuran enam item keperluan asas. Dapatan kajian mendapati bahawa makanan dan kenderaan merupakan keperluan tertinggan golongan ini berbanding item-item lain. Kajian turut mencadangkan kepada TBS untuk menilai semula sistem dan kaedah agihan berdasarkan kepada keperuan semasa asnaf supaya agihan dapat mencapai sasaran.
References
- Al-Qaradhawi, Y. (1996). Fiqh al-Zakah Dirasah Muqaranah li Ahkam wa Falsafatiha fi Dhauiy al-Quran wa al-Sunnah. Beirut, Lubnan: Muassasah al-Risalah.
- DOSM, D. (2010, September 12). Trend Perbelanjaan isi rumah 1993/94─2009/10. Didapatkan November 15, 2016, daripada Department of Statistic Malaysia: https://www.dosm.gov.my/v1/images/stories/files/LatestReleases/household/HES_0910.pdf
- Hairunnizam, W. (2011). Pengaruh Faktor Keagamaan Terhadap Kualiti Hidup Individu: Kajian Kes Asnaf Fakir Dan Miskin Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Malaysian Jurnal of Consumer and Family Economics, 14, 172-192.
- Hairunnizam, W. (2017, Oktober 3). Kajian Had al-Kifayah Negeri selangor. (Mohd Syahiran, Penemu duga)
- Mohd Parid, S. (2001). Kaedah Pengagihan Dana Zakat: Satu Perspektif Islam. Dalam W. Harunnnizam, Malaysian Jurnal of Consumer and Family Economics (Jld. 14, hlm. 172-192). Kuala Lumpur.
- Faris, Mohd (2017, Oktober 2). Kajian Had al-Kifayah Negeri selangor. (Mohd Syahiran, Penemu duga)
- Tabung Baitulmal Sarawak. (2011, Disember). Agihan Bantuan Bagi Tempoh 1 Januari Sehingga 30 September 2011. Al-Mal: Wahana Informasi Anda, hlm. 16-17.
- Tabung Baitulmal Sarawak. (2012, November 28). Buletin Tabung Baitulmal Sarawak. Didapatkan dari TBS yakin mampu kumpul RM65 juta: http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/berita.html
- Tabung Baitulmal Sarawak. (2015, Disember 29). Asnaf Agihan Zakat. Didapatkan dari Tabung Baitulmal Sarawak: https://www.tbs.org.my/www/?page=101
- TBS. (2006). Penyata Kutipan dan Agihan Dana Zakat Baitulmal bagi tempoh 1966 - 1984 dan 1985 - 2006. Kuching, Sarawak.
- TBS. (2014, Januari 01). Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan. Didapatkan 2014, daripada Tabung Baitulmal Sarawak Majlis Islam Sarawak: http://www.tbs.org.my/www/?page=103