Borneo International Journal eISSN 2636-9826 https://majmuah.com/journal/index.php/bij
Overview

Borneo International Journal ISSN 2636-9826 (online) is a peer-reviewed, Open Access journal that publishes original research and reviews covering a wide range of subjects in Islamic studies, Arabic language, science, technology, business, management, social science, architecture and medicine. It also publishes special issues of selected conference papers.

‚ÄčPublication Issues

Borneo International Journal is quarterly published.

Majmuah Enterprise en-US Borneo International Journal eISSN 2636-9826 2636-9826 Analisis Keberkesanan Aktiviti Dakwah dan Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Sains https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/45
Kajian ini membincangkan keberkesanan aktiviti dakwah dan pendidikan terhadap pelajar Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan. Pelajar tahfiz merupakan sebahagian daripada golongan remaja Islam yang perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan kesinambungan aktiviti dakwah dan pendidikan secara berterusan. Disamping sibuk dengan pembelajaran akademik, pelajar tahfiz didedahkan dengan aktiviti dakwah yang dilaksanakan secara harian dan mingguan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk deskriptif. Bagi mendapatkan maklumat, kajian menggunakan metode  soal selidik. Pemilihan subjek kajian secara persampelan melibatkan 100 pelajar yang mengikuti program dakwah dan pendidikan. Instrumen kaji selidik mengandungi keberkesanan aktiviti dakwah dan pendidikan yang dilaksanakan kepada para pelajar. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS (Version 2.3). Hasil kajian menunjukkan terdapat program dakwah dan pendidikan kurang berkesan seperti program Qiamulail dan muhasabah diri mencatatkan min 3.82.  Lain-lain program mendapat mendapat skor tinggi iaitu aktiviti tadarus al-Quran (4.4), Kem tahsin solat (4.33), Ceramah agama sempena hari  kebesaran dalam Islam memberi keyakinan tentang akidah yang benar (4.33), kuliah bulanan meningkatkan pengetahuan Islam (4.29) dan sesi perkongsian ilmu semasa program usrah bulanan (4.28). Kajian merumuskan pengurusan sekolah dan kerjasama pelajar adalah penting dalam mencapai keberkesanan program yang diadakan. Implikasi kajian menunjukkan aktiviti dakwah dan pendidikan dapat meningkatkan disiplin dan memberi kesan positif terhadap spiritual pelajar.

Kata Kunci: pelajar tahfiz, aktiviti dakwah, pendidikan, keberkesanan.
Abdul Munir Ismail Nik Yamcik Zainab Sulaiman Dorloh ##submission.copyrightStatement## 2020-07-03 2020-07-03 2 4 1 10 Aplikasi Peramalan Pendekatan Kalut Bahan Pencemar Siri Masa CO Menggunakan Kaedah Penambahbaikan Dalam Penentuan Parameter Bilangan k-Jiran Terdekat https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/43
Pencemaran udara memberikan kesan buruk kepada manusia dan juga alam sekitar. Bernafas melalui udara yang mengandungi karbon monoksida (CO) boleh membawa kepada penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, kelahiran bayi pra-matang dan barah. Peramalan kepekatan CO ini adalah kajian pertama di Malaysia menggunakan pendekatan kalut. Data siri masa CO dicerap mengikut jam pada bulan Jun 2017 di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Pendekatan kalut dibahagikan kepada dua langkah iaitu pembinaan semula ruang fasa dan proses peramalan. Kaedah pertama, ruang fasa pelbagai-matra dibina menggunakan parameter masa tunda  dan matra pembenaman  . Nilai  adalah ditetapkan manakala penetapan nilai  adalah melalui kaedah Cao. Seterusnya, proses peramalan dilakukan apabila tiga parameter ditentukan iaitu  dan bilangan jiran terdekat  ditentukan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, bilangan  ditentukan menggunakan kaedah cuba jaya. Untuk kajian ini, kaedah penambahbaikan dalam menentukan bilangan  diperkenalkan. Kaedah penambahbaikan ini dilakukan dengan menguji setiap bilangan    diantara  dengan plot graf  melawan pekali korelasi ( ). Nilai  diperoleh melalui peramalan data siri masa menggunakan kaedah penghampiran purata setempat (KPPS). Peramalan menggunakan bilangan  melalui kaedah cuba jaya yang pernah digunakan dalam kajian lepas iaitu . Kemudian, keputusan peramalan adalah dicatat untuk perbandingan. Keputusan menunjukkan nilai maksimum bagi  pada  dengan menggunakan kaedah penambahbaikan dalam menentukan bilangan . Oleh itu, peramalan menggunakan kaedah penambahbaikan dalam menentukan bilangan  boleh diteruskan untuk kajian pada masa akan datang degan menggunakan data siri masa yang lebih banyak.
Ahmad Basri Ruslan Nor Zila Abd Hamid Khairunnisa Che Jusoh ##submission.copyrightStatement## 2020-07-03 2020-07-03 2 4 11 16 Pengaruh Sosialis Marxisme di Dunia Arab https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/7
Fahaman Sosialis Marxisme adalah aliran pemikiran yang menolak budaya pemusatan kuasa golongan borjusi (elit) dan menghapuskan elemen egoistik kelas pemodal dalam sistem kapitalisme. Namun begitu, fahaman tersebut mula menyerap masuk ke dunia Arab menerusi gerakan politik berhaluan kiri (komunis) dan seterusnya direkonstruksi mengikut acuan dan keperluan masyarakat Arab. Masyarakat Arab masih berpegang kepada tradisi dan norma kehidupannya kerana Islam tidak memusuhi kehidupan beragama. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh sosialis Marxisme terhadap landskap politik Timur Tengah. Kajian perpustakaan digunakan sebagai metodologi kajian. Kajian ini mendapati gagasan Marxisme telah direkonstruksi dalam empat dimensi iaitu pertama, semangat kebangsaan (Nasionalisme) bagi menyekat penguasaan kuasa kolonialis,: kedua, pemusatan kuasa (Desentralisasi) dalam merapat jurang status sosial dan ekonomi masyarakat bandar dan luar bandar,: sekularisme dalam membentuk model politik yang lebih demokratik dan liberal,: revolusi rakyat (civilian) yang menerapkan elemen ketenteraan dan birokrasi kepartian.
Mohd Zuhaili Kamal Basir Indriaty I. ##submission.copyrightStatement## 2020-07-03 2020-07-03 2 4 17 25 Peranan Topeng Sagu Melanau untuk Kaul di Sarawak, Borneo https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/40
Terdapat banyak acara yang dijalankan dalam Kaul Melanau. Selain daripada menjadi satu ritual untuk pembersihan melalui pemberian kepada Ipok, Kaul juga boleh dilihat sebagai satu seni persembahan bagi etnik Melanau. Kajian seni persembahan Melanau banyak memberi fokus kepada perubatan seperti bebayoh dan juga tarian seladai. Kajian mengenai objek budaya pula banyak melibatkan dakan ataupun belum. Melanau mempunyai persembahan bertopeng dibuat daripada pokok rumbia yang digunakan untuk pelbagai tujuan. Dalam kajian ini, topeng tersebut dinamakan topeng sagu Melanau. Fungsi budaya berdasarkan kepada tradisi dan kesan moderniti dibincangkan dalam kajian ini. Ini dibuat untuk melihat perbandingan antara fungsi asal bertopeng, perubahan konsep bertopeng, dan juga penyesuaian budaya bertopeng ini dalam kebudayaan moden. Untuk menjalankan kajian ini, kajian lapangan telah dibuat di Mukah sebelum Pesta Kaul dan juga semasa Pesta Kaul. Dapat dikenalpasti bahawa terdapat perubahan fungsi penggunaan topeng ini dalam dunia moden kerana faktor penyesuaian.

Abdul Walid Ali Awangko' Hamdan Awang Arshad Hishamuddin Siri ##submission.copyrightStatement## 2020-07-03 2020-07-03 2 4 26 36 Impak Modenisasi dan Pengkomersilan Terhadap Keaslian Makanan Tradisi dan Identiti Budaya Etnik Kadazan-Dusun di Sabah https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/49
Modenisasi memainkan peranan besar terhadap perubahan identiti budaya sesebuah etnik termasuklah aspek makanan tradisi. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji kesan modenisasi dan pengkomersilan terhadap keaslian makanan tradisi serta pelestarian identiti budaya dan mengenalpasti tahap serta kaedah pengkomersilan makanan berkenaan. Kajian ini memfokuskan kepada makanan tradisi etnik Kadazan-Dusun di Sabah khususnya tuhau dan bambangan.  Kajian lapangan yang menggunakan teknik pengamatan turut serta, temu bual dan tinjauan soal selidik dilaksanakan di beberapa lokasi petempatan etnik Kadazan-Dusun termasuklah kawasan Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Tamparuli, Ranau dan Kundasang), Pantai Barat Utara (Kudat, Sikuati dan Kota Marudu) dan Pedalaman atas (Tenom, Keningau, Tambunan, Nabawan dan Sook). Dapatan kajian mendapati bahawa pengkomersilan dan modenisasi mempengaruhi keaslian makanan tradisi etnik Kadazan-Dusun khususnya tuhau dan bambangan tetapi tidak melenyapkan identiti budaya etnik berkenaan kerana penyediaan secara tradisi masih turut dipasarkan dan mendapat sambutan dalam kalangan penduduk. Sementelah itu, lokasi petempatan mempengaruhi keaslian dan improvisasi serta tahap dan kaedah pengkomersilan makanan tradisi berkenaan. Antara faktor-faktor yang menyumbang terhadap senario tersebut adalah kebolehcapaian atau ketembusaan media, tarikan pelancong dan keberadaan hubungan antara budaya dalam kalangan etnik. Kajian ini diharap menyumbang terhadap pelestarian identiti budaya dan pada masa yang sama meningkatkan pengkomersilan makanan tradisi etnik khususnya dalam kalangan etnik Kadazan-Dusun di Sabah.

Kata kunci: Modenisasi; Pengkomersilan; Makanan Tradisi; Kadazan-Dusun; Keaslian; Identiti Budaya
Halina Sendera Mohd Yakin Chiew Tung Moi Andreas Totu Suraya Sintang Yasmin Ooi Beng Houi Siti Aidah Lukin Ramlah George@Mohd. Rosli ##submission.copyrightStatement## 2020-07-04 2020-07-04 2 4 37 46 Teori Relevans dalam Pembelajaran KOMSAS https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/48
Abstrak

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penggunaan sastera dalam pembelajaran bahasa mula diterapkan di peringkat sekolah menengah dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Penggunaan bahasa sastera ini diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu atau dikenali sebagai KOMSAS. KOMSAS yang diajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia terdiri daripada lima genre utama iaitu puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden dan novel. Novel yang merupakan salah satu genre kajian utama dalam KOMSAS memaparkan pelbagai peristiwa, yang boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca. Melalui pembacaan novel, pembaca mendapat pelbagai nilai murni, pengajaran, nilai kemasyarakatan atau budaya yang dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada pembaca. Kajian ini menganalisis peristiwa-peristiwa penting dalam novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Bagi menganalisis novel ini pengkaji, akan mengaplikasikan pendekatan Teori Relevans (TR) yang mementingkan konteks, kesan kognitif dan usaha memproses maklumat untuk menganalisis peristiwa-peristiwa penting yang terdapat dalam novel tersebut. Peristiwa-peristiwa penting dalam novel tersebut akan dianalisis secara eksplikatur dan implikatur dengan menggunakan TR dan Rangka Rujuk Silang (RRS). Hasil analisis TR dan RRS pembaca dapat mengetahui latar masyarakat,  nilai murni dan pengajaran yang terdapat dapat dalam novel Di Sebalik Dinara.

Kata kunci: Teori Relevans, latar masyarakat, nilai murni, pengajaran, KOMSAS
Srikandi Saemah Samaon Mary Fatimah Subet ##submission.copyrightStatement## 2020-07-06 2020-07-06 2 4 47 54