TY - JOUR AU - Mohd Syaubari Othman AU - Mohd Ridhuan Mohd Jamil PY - 2021/12/17 Y2 - 2024/03/29 TI - Keberkesanan Permainan E-Value dalam Membentuk Penghayatan Nilai Pelajar di Perak JF - Borneo International Journal eISSN 2636-9826 JA - bij VL - 4 IS - 4 SE - Articles DO - UR - https://majmuah.com/journal/index.php/bij/article/view/100 AB - Rentetan daripada isu-isu nilai yang melingkar dalam kalangan pelajar, satu usaha perlu dilaksanakan dengan menyumbang kepada sebahagian penyelesaian dan sebagai sokongan kepada usaha yang telah dilakukan. Usaha ini juga perlu dilaksanakan diperingkat permulaan dengan meletakkan fokus kepada golongan muda dan pendekatan permainan adalah yang berkesan. Untuk itu, permainan inovasi E-VALUE adalah inisiatif ke arah keseimbangan di antara pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah. Ini sebagai satu nilai tambah kepada usaha memantapkan nilai di kalangan masyarakat khususnya pelajar. Permainan secara inovasi di adaptasi dengan meletakkan elemen NILAI dijadikan kerangka utama.. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif menerusi instrumen pengujian keberkesanan. Instrumen yang digunakan ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada DSKP Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya  disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu antara (0.82173). Seramai 402 orang pelajar dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan frenkuasi dan peratusan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati keberkesanan permainan E-Value adalah berada pada tahap tinggi menerusi min bagi keseluruhan (4.44). Bagi dapatan mengikut komponen yang terdiri daripada perancangan pembangunan mencatatkan min (4.46), pengenalpastian kandungan mencatatkan min (4.41) dan proses penilaian mencatatkan min (4.41).  Matlamat permainan ini adalah untuk membangunkan karekter seorang pelajar dalam memastikan keseimbangan akademik dan sahsiah dapat dikombinasikan. Kemantapan nilai sahsiah adalah keperluan penting dalam era generasi pelajar abad ke 21. Tanpa kekukuhan nilai, generasi yang lahir akan tenggelam dengan pelbagai ledakan sistem pendidikan. Untuk itu, permainan ini adalah salah satu nilai tambah kepada usaha pembentukan generasi muda yang sentiasa mendahulukan nilai dalam setiap tindakan Kata kunci : permainan e-value, penghayatan nilai  ER -