Abstract

Pandemik coronavirus (COVID19) telah menimbulkan cabaran besar di seluruh dunia. Dalam sektor pendidikan tinggi, usaha menerapkan strategi yang cekap dan integratif amat penting bagi mempertahankan pendidikan semasa krisis. Penulisan ini menyasarkan cabaran merancang dan melaksanakan strategi yang telus terhadap kepentingan media sosial di UITM. Keberkesanan kerangka pandemik ini merangkumi faktor-faktor penting dalam meningkatkan penggunaan media sosial dalam krisis untuk mengurangkan kesan negatif terhadap kelestarian pendidikan. Integrasi analisis data statistik media sosial (kuantitatif) dan tinjauan dalam talian serta wawancara (kualitatif) digunakan bagi membina kerangka yang komprehensif. Dapatan menunjukkan bahawa kerangka metodologi dibina berdasarkan sumbangan Google Meet, Webex, Zoom, Facebook secara signifikan kepada: kecekapan pentadbiran; kelestarian pendidikan; tanggungjawab pelajar; dan sentimen positif dalam komuniti. Komponen dalam kerangka metodologi menggabungkan tiga strategi utama penggunaan media sosial: pemilihan media sosial berdasarkan strategi institusi; tadbir urus media sosial; dan keberkesanan penggunaan media sosial. Kesimpulannya, kerangka pandemik ini merupakan langkah awal dalam membuat keputusan strategik untuk menganalisis ketirisan media sosial dan impaknya sebagai langkah penambahbaikan pengurusan pendidikan


 


Katakunci: Pandemik, Media Sosial, Kelestarian Pendidikan