Abstract

Husain Husain Syahatah merupakan salah seorang sarjana Islam yang mempelopori dalam perakaunan zakat. Beliau terkenal dengan tulisan perakaunan zakat khususnya terhadap harta kontemporari yang diwajibkan zakat. Dalam menganalisis pemikiran beliau tentang perakaunan zakat, maka kertas kerja ini membincangkan kaedah taksiran zakat pertanian yang dijalankan secara komersial. Isu yang akan dibincangkan dalam kertas ini yang  pertama, tentang penolakan kos pengeluaran dalam operasi pertanian; kedua tentang penolakan kos sara hidup bagi petani yang terlibat secara langsung dalam pertanian; dan ketiga tentang kadar zakat yang digunakan dalam membuat taksiran zakat pertanian komersial tersebut. Akan dihujahkan bahawa taksiran zakat pertanian komersial yang ditawarkan oleh Husain Husain Syahatah boleh diamalkan di Malaysia kerana kaedah itu bersesuaian dengan keadaan semasa di Malaysia ketika ini.